***Won Best App at CodeDay Seattle Feb 2013***
Sidebar adalah aplikasi yang menjalankan fungsi berbilang tugas (multitasking) dengan lebih cepat, pantas dan berkesan tanpa perlu menekan softkey atau hardkey sebelah kanan atau kiri peranti anda. Setiap pilihan aplikasi menjadi tersangat mudah dan cepat kerana terdapat bar di sebelah kiri yang akan menyenaraikan semua aplikasi yang terdapat di dalam peranti anda jadi tidak perlulah anda menekan butang menu kemudian mencari app untuk di buka. Bar tersebut boleh di buka dengan hanya mengerakkan jari anda ke kanan dan akan tertutup apabila anda mengerakkan jari ke kiri. Selain aplikasi terdapat juga fungsi aturan bagi mengaktifkan toggles seperti wifi, bluetooth dan lain-lain. Anda boleh muat turun disini https://play.google.com/store/apps/details?id=mohammad.adib.sidebar.lite&feature=nav_result#?t=W251bGwsMSwyLDNd atau cari "sidebar" di google play store dalam peranti anda.



