Ubuntu OS adalah salah satu OS dari keluarga Linux yang semakin mendapat sambutan hangat sejak kebelakangan ini. Ia menjadikan Ubuntu sebagai OS alternatif ke dua selepas Windows. Paparan antaramuka yang mudah dan menarik, kepantasan dan kecekapan sistemnya serta fungsi install yang sangat mudah membuatkan ia menjadi begitu popular di kalangan pencinta komputer. Atas sebab itu pihak Ubuntu telah mengorak langkah dengan memasuki bidang mudah alih bagi peranti telefon bimbit smartphone dan tablet.
Buat permulaan, Ubuntu Touch ini dikeluarkan hanya untuk dipasang ke peranti Nexus seperti Samsung Galaxy Nexus, Nexus 4, Nexus 7 dan 10. Versi Ubuntu Touch yang dikeluarkan adalah versi percubaan hanya untuk developer (pembangun) dan bukanya bagi pengguna biasa. Masih banyak ralat dan kekurangan pada versi ini cuma hanya ada aplikasi basic, selain fungsi phone sebenar untuk membuat panggilan, sms dan paket data wifi sahaja. Untuk itu pihak Ubuntu mahukan agar pembangun aplikasi yang menggunakan peranti Nexus bersedia untuk membangunkan aplikasi khusus bagi Ubuntu touch ini seberapa banyak yang boleh disamping menguji keberkesanan, kesilapan dan kestabilan OS ini sehinggalah peranti asal smartphone berkuasa Ubuntu Touch yang rasminya akan dikeluarkan pada bulan Oktober 2013 nanti barulah dilancarkan untuk pengguna biasa pihak ketiga.
Pihak kami tidak pasti syarikat manakah yang akan mengeluarkan model telefon rasmi Ubuntu OS ini mungkinkah daripada Samsung, LG, Sony, HTC atau lain-lain jenama sama-sama kita nantikan.
Untuk mengetahui bagaimana cara untuk install OS Ubuntu touch developer preview anda bolehlah ikuti langkah-langkah yang telah diberikan di laman Ubuntu Wiki ini

Tiada ulasan:
Catat Ulasan